|
|
| Tuesday, 28-Oct-2008 16:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bertambah Setahun Lagi..
|
|
18 haribulan Oktober yang lepas hari lahir aku yang ke tiga puluh dua tahun. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur sehingga ke hari ini. Terima kasih Mak kerana melahirkan dan mendidik aku. Terima kasih juga kepada semua yang memberi ucap selamat. Mudah-mudahan aku diberikan kesihatan yang baik dan berkesempatan untuk melihat apa yang diimpikan dalam hidup menjadi kenyataan.
Semalam 27 haribulan pula hari lahir Mak. Sudah lima puluh dua tahun usia Mak. Semoga Mak dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Dalam meniti usia emas, aku mahu emak jauh dari segala masalah dan hidup tenang di samping keluarga. Sayang Mak selalu.
Kau kabulkan doa hamba-Mu ini, Ya Allah. Amiin..
Hadiah? Mestilah ada dari suami tercinta. Terima kasih daun keladi Abang. I love u..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Oct-2008 11:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ucap Raya Untuk Semua..
|
|
*Foto oleh Ayah ZiYa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sudah 10 Syawal 1429 Hijrah. Mood raya agak-agak cair maklumlah pejabat sudah buka, kerja sudah jalan. Kalaulah boleh cuti sebulan lamanya ye.. *Jangan mimpilah makcik *
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Sep-2008 14:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gaya..
|
|
Sudah hari Rabu yang ke dua puluh empat kita berpuasa. Tidak lama lagi, berlalulah Ramadhan. Dalam mengharung hari-hari terakhir Ramadhan ini hati sedikit syahdu teringatkan orang-orang terdekat yang telah pergi terutamanya arwah ayah. Rindulah.
Selalu terbayang dan berkalau-kalau, macam manalah kehidupan kami sehari-hari, kemudian berpuasa dan berhari raya kalau dia masih ada hari ini. Macam mana pula gaya dia dengan kehadiran menantu dan melayan cucu. Tentu dia pak mentua yang sporting cuma aku tidak pasti sama ada dia boleh berkongsi minat bermain parit dengan menantu atau tidak.
Cuma dapat membayang dan berkalau-kalau sementelah orangnya sudah tiada. Kasihan aku. Macam orang ketandusan kasih-sayang pula bunyinya. Semakin menginjak usia, jiwa makin sensitif dan terlebih dos sentimental agaknya. Nasib baik ada suami dapatlah juga tumpang bermanja-manja walaupun kadang-kadang terpaksa berebut dengan Ziya yang lokek kalau orang lepak dekat-dekat dengan ayah dia.
Kesimpulannya, hargailah sehabis baik saat-saat bersama orang yang kita sayang selagi ada kesempatan. Kelak dijemput pergi, masa tidak menunggu walau sesaat .
----------------------------------------------------------------------
Gaya emak aku melayan menantu aku sudah nampak. Emak aku suka 'racun' menantu dia main parit menangguk sepat. Kalau tidak pun sama-sama menyusur parit besar mencari kembang kiambang dan teratai untuk dibawa balik ke kolam di rumah. Kalau bercerita pasal gemuk-gemuk puyu dan sepat yang melenting-lenting dalam parit pun bukan main teruja. Pendek kata, dia boleh menggula-gula menantu dengan cerita paritlah senang cakap. Menantu pun apa lagi, asal nampak parit mulalah naik 'syeikh'.
Aduh.. ayah siapakah itu?!
Gaya Hantu Parit.
Balik Kampung; 2 Sept '08..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Sep-2008 12:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lemau..
|
|
Lamanya tiada catatan di sini.
Maaflah, bukan kerana kesibukan kerja atau tiada kisah yang mahu dikhabarkan, tetapi seolah tiada semangat yang menggebu-gebu mahu bercerita. 'Encik Ilham' pun lemau nak datang. Lemau, selemau-lemaunya. Hai.. biarlah cergas-cergas sikit bulan puasa ni, kan?
Eh! Sebut lemau, nak tanyalah. Banyak buat biskut raya? Berapa balang agaknya yang dapat tahun ini? Kalau ada bajet lebih bolehlah menempah mana yang suka. Aku tak membeli, tumpang loyang Mak yang menjual biskut raya. Sudah ada dalam perancangan untuk sama-sama membakar biskut di kampung bila cuti nanti. Harap-harap jangan tinggal angan-angan.
Tart Raya Atok Mak.
Balik Kampung; 21 Sept '08..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Aug-2008 15:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Merdeka..
|
|
Lusa 31 haribulan Ogos 2008. Tahun ini lima puluh satu tahun kita menyambut hari kemerdekaan negara. Kalaulah kemeriahan dan semangat itu diukur dengan kibaran bendera, makanya tahun ini suam-suam kukulah semangat kita kerana nampak kurang yang berminat mengibarkan bendera terutamanya pada kenderaan rakyat jelata di jalan raya. Tapi tak mengapalah, semarak patriotisme itu tidak seharusnya dilihat dari satu sudut sahaja.
Apa guna membazir ringgit dan tenaga menganjur sambutan yang berhabis-habisan sedangkan pengisiannya tidak dapat dihayati. Nilai kemerdekaan bukan terletak pada gamat letusan bunga api, jerit-pekik penghibur yang teruja melaungkan hiburan yang tidak relevan di pentas, atau lautan manusia yang berbondong-bondong keluar menyaksikan malam pesta tetapi pengertian kemerdekaan yang luas sifatnya dalam jiwa dan sumbangan anak bangsa hari ini untuk memastikan kebebasan ini kekal menjadi milik kita bukan setakat pada nama sahaja tetapi dalam erti kata yang sebenarnya.
Nak dibandingkan dengan orang lain yang merempat di bumi sendiri, syukur dengan apa yang kita nikmati hari ini dan teruslah pertahankan supaya ianya menjadi kepunyaan generasi kita pada masa akan datang.
Selamat Hari Merdeka, Malaysiaku.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Aug-2008 16:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Semoga Panjang Umur..
|
|
20.08.2008. Hari ini hari lahir sang suami. Semoga dia dipanjangkan umur, murah rezeki, diberi kesihatan tubuh badan, dimakbulkan segala impian, dan terus cekal mengharung cabaran hidup yang mendatang. Amin..
Ini pula pesan Ziya..
Selamat Hari Lahir Ayah. Ziya tunggu Ayah balik dari Kota Kinabalu nak tiup lilin sama-sama.
p/s: Maaflah tiada hadiah hari lahir yang istimewa dari Ibu dan Ziya memandangkan Ayah tersayang sudah menghadiahkan diri sendiri 'seketul' Canon 40D yang manja bukan main. *kalau selalu dibelek-belek dan di jaga rapi, manjalah namanya tu kan?*
Dua-dua Sayang.
Sentul West, Kuala Lumpur; 3 Ogos 2008..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Aug-2008 17:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sudah Berteman..
|
|
Kuek! Kuek! Kuek!
Sentul West, Kuala Lumpur; 3 Ogos 2008..
Dulu Sendiri..
Kini Berteman..
Khabar kejutan yang baru diterima seharusnya menjadi satu berita yang menggembirakan. Tapi hati aku bertukar rentak menjadi sedih, terkilan, dan enggan percaya. Jujurnya aku kecewa. Sukar untuk menerimanya namun aku akur aturan hidup orang di luar urusan kita apalagi dalam soal jodoh. Aku pun bukan siapa-siapa, cuma seorang kenalan yang syukur dianggap saudara.
Ya, perjalanan ini kita yang pilih arahnya dan kehidupan ini kita yang tadbir. Apa yang terlaksana hari ini dari usaha kita juga justeru jangan sesekali menyalahkan takdir sebagai penentu segala walaupun semua yang terjadi adalah dengan izin-Nya jua .
Dik, semoga kau berbahagia...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rezeki..
|
|
"kita ingat nanti nak cari part time laa.. kat sini kais pagi makan pagi.. kais petang kadang tak makan.."
Sebahagian pesanan ringkas dari adik dalam minggu lepas yang dihantar kala aku mahu menjamah makanan buat aku sebak. Hidangan malam hari itu aku teruskan sambil dalam hati masih teringat-ingat bait pesanan itu. Air mata terasa bergenang tapi masih dapat dikawal. Aku tahu situasi dia agak gawat di sana ketika ini namun dia bertahan dan cuba untuk tidak menyusahkan keluarga.
Aku yang kakak di sini akan membantu setakat yang mampu walaupun dia tidak meminta. Bukan memanjakan lebih-lebih lagi dia lelaki tetapi aku tidak tergamak menutup mata dan pekakkan telinga sedangkan aku tahu dia dalam kesempitan. Dia pun sejak bekerja tidak lokek menyumbang sedikit gaji untuk emak melunaskan sebahagian bayaran untuk belanja isi rumah. Aku pernah melalui pengalaman sebegitu dulu. Hidup bujang jauh dari keluarga, cerita suka kita kongsikan, yang susah kalau boleh kita sendiri yang tahu. Bukan kerana tiada yang ambil peduli tetapi tidak mahu menyusahkan. Zaman awal aku bekerja di Kuala Lumpur dulu adik-adik masih belajar dengan emak seorang yang mencari duit. Sekarang bila masing-masing sudah besar, bolehlah bergantung-harap sesama sendiri. Susah-senang biarlah keluarga yang ada ini jadi tempat mengadu bukan mengharapkan orang lain.
Pada dia aku berpesan, jangan sampai memudaratkan diri. Resam orang baru memulakan hidup berdikari, sekali-sekala adalah perit-getirnya yang mencabar. Walau apapun ia mengajar kita lebih tabah dan matang. Tak mengapalah hari ini susah sedikit, esok lusa mungkin ada rezeki lebih yang Tuhan beri untuk kita. Sekurang-kurangnya hari ini dia sudah ada kerja yang terjamin cuma menunggu masa untuk stabil. Realiti kehidupan, ada pasang-surut. Nanti-nanti bila dikenang inilah pengalaman berharga yang tak dapat dijual beli dan menjadikan kita lebih bersyukur dengan rezeki yang ada.
Jangan Membazir.
Jalan-jalan Cari Sarapan; 18 Feb '07..
*Foto stok peram lagi.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Aug-2008 17:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Banyaknya Lapan..
|
|
08.08.08.. Tarikh cantik hari ini yang bersusun lapan mengikut kepercayaan sesetengah orang ada membawa tuah. Kita tak perlulah ikut percaya sama nanti bala pula yang dapat.
Pasti ramai yang memilih mengadakan majlis yang istimewa atau menyambut kelahiran anak pada hari ini. Aku? Memang sedari dulu suka angka lapan tapi tak ada apa-apa yang aku jangkakan atau rancangkan pada hari ini. Ada banyak cerita tapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Buat hari ini, yang ringkas saja. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang tercatat di sini.
Nantilah kita sambung lagi ya!
p/s: Menanti 20.08.2008. Haaa.. tarikh ni lagi cantik!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Jul-2008 16:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengumuman!
|
|
PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju menaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) tidak
mengira pangkat dan tempat bertugas kakitangan awam kepada RM 500.00
sebulan berkuatkuasa mulai Ogos 2008 bagi menampung kenaikan harga minyak
dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi
menjamin keharmonian rakyat. Elaun COLA ini boleh dituntut di semua pejabat
pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 2 pm setiap hari
kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kakitangan awam perlu menunjukkan kad
pengenalan diri jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan
dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan penutup
botol Coca Cola...
Hahaha... pergi sambung kerja!
Mesej yang tersebar di Yahoo Messenger. Sabar je lah kena auta. Itu pun ada juga orang yang tak menyempat-nyempat dah plan nak serbu pejabat pos!!
|
|
|
|